Jumaat, 9 Mei 2014

E-book Bersalin Alami

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim....


Ebook Bersalin Alami

Teringat ketika pengalaman melahirkan Sara dahulu, masih mentah dan banyak yang tidak diketahui. Waktu awal kahwin dahulu, saya mengikut suami ke Kulai, Johor. Jauh sungguh dengan mak. Semestinya mak risau dengan keadaan anaknya jauh di mata. Saya memang rajin menelefon mak menanya itu ini sebab saya kosong mengenai mengandung dan melahirkan bayi. 

Iklan: 

Ingin bekerja hanya di rumah http://dalilayusof.blogspot.com/2014/03/kelas-online-belajar-hanya-di-rumah.html
Perlukan kereta sewa dan MPV http://dalilayusof.blogspot.com/search/label/Kereta%20Sewa



Tiba hari yang dinanti, ya Allah sakitnya rasa kontraksi, rupanya sakitnya lebih kuat daripada pengalaman saya sakit sebelum. Memang lemah betul badan ini menahan kesakitan. Oleh kerana, ada komplikasi jantung  dan Thalasemia minor kami bergegas ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Sabar sahaja, apabila doktor menyuruh kami pulang kerana menurut beliau itu amaran palsu,  sakit juga semakin reda.

Namun, apabila balik, sampainya di rumah terasa kontraksi semakin kuat menyebabkan saya mundar mandir sehinggalah darah keluar. Kami bergegas lagi ke hospital, dan kali ini doktor menahan saya di wad. Terasa sakit semakin kuat namun apabila jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi, bukaan laluan bayi baru sampai 4 cm. Sepanjang malam menahan kesakitan dan tidak dapat tidur lena. Malah, makanan langsung tidak dijamah, keesokkan paginya menangis telefon mak. Mak hanya menyuruh bersabar menahan sakit dan banyakkan berzikir zikir Nabi Yunus. Memang terasa kuat sedikit apabila membaca zikir tersebut. 


Tidak lama kemudian, jururawat datang kerana kesiankan saya yang menahan sakit teramat sangat dia mencadangkan untuk memecahkan air ketuban. Dan...sakitnya lagi kemuncak, tanpa suami di sisi, saya hanya berbekalkan zikir, sakit pinggang makin terasa. akhirnya dalam tengahari itu, Sara dilahirkan, syukur merah dan sihat. Kali pertama melihat anak sendiri, perasaan yang menyeronokkan hilang rasa sakit. Saya menyusukan Sara kali pertama, perasaan pertama kali melahirkan memang sakit tapi bersyukur semuanya selamat. 

Pengalaman mengandungkan anak, melahirkan memang menyeronokkan, tapi saya pasti ramai yang takut sewaktu sakit bersalin. Ketika mengandung anak kedua dan ketiga saya tak suka duduk diam sahaja, takut bayi lambat keluar dan sukar bersalin. Macam-macam aktiviti yang saya buat, alhamdullilah setakat ini tak sampai 4 jam sahaja sakit. Dan bayi juga tiada masalah, sampai bidan pun hairan laju je keluar, sampai tak tunggu baba datang dah keluar. Tiba sahaja suami, anak dah selamat dilahirkan. Nak tahu  petua-petua mengurangkan  rasa sakit bersalin? Anda boleh mempelajari pelbagai teknik mengurangkan rasa sakit kontraksi melalui ebook Bersalin Alami oleh Iryani Ahmad (Protege awal kelas blog penulisan blog ebook bersama pn Masayu Ahmad) hanya berharga RM 25 sahaja. 

Apa yang seronok tentang buku ini:

Ebook ini ditulis oleh Puan Iryani Ahmad dan terbahagi kepada 4 perkara utama.
Puan Iryani Ahmad akan menerangkan:
  1. Petua melawan rasa sakit contraction digantikan dengan perasaan seronok.
  2. Apakah struktur utama tentang petua dan tips yang membuatkan wanita hamil tidak lagi was-was dan takut mahu bersalin.
  3. Bagaimana tiru dan buat semula teknik bersalin alami – Untuk kelahiran akan datang.

Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk tiru & buat.

Ebook ini diolah semula dalam bentuk pengamatan pengalaman.
Iaitu tuan/ puan akan belajar dengan cara:
  1. Setiap kelahiran adalah pengalaman terindah.
  2. Menggunakan gambar yang mudah untuk kita faham nota dan belajar.
  3. Setiap isi bab yang santai sekitar 1 mukasurat– Supaya anda rasa seronok dan cepat faham
Dapatkan segera.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan