Doa ibu sangat mustajab

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Apabila anak semakin meningkat dewasa, mereka semakin sukar mendengar kata dan agak suka mempertahankan apa yang dipercayai, atau disebut nakal. Mereka sedang belajar tentang erti kehidupan jadi memang banyak buat kesilapan, dan daripada kesilapan mereka akan semakin memahami erti kehidupan.

Kadang-kadang memang akan hilang sabar tapi jangan sesekali memaki hamun anak atau melabelkan anak denngan panggilan negatif kerana menjadi trademark dalam kehidupan mereka. Doa seorang ibu adalah mustajab walaupun di luar waktu solat, dalam bebelan harian. Jika kita tidak yakin pada anak kita. orang di sekeling juga lagilah tidak akan yakin dengan mereka, menyukarkan proses hidup anak. Kita ibarat merosakkan hidup anak sendiri hanya kerana geram dengan perbuatan nakal mereka. Perangai boleh diubah namun sukar untuk mengubah tanggapan buruk orang terhadap anak.

Jika kita ingin anak kita baik, panggilah dengan panggilan baik seperti yang diperkatakan oleh Uztaz Azhar Idrus.  Hati-hati wahai ibu, kita yang mencorakkan anak, mendidik mereka daripada sehelai kain putih kepada kain yang berwarna warni. Jika cantik acuannya cantiklah corak dan warna kehidupan mereka.


Ulasan