Rabu, 30 April 2014

Sesuaikan Diri atau Lenyap

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Sewaktu mula-mula dapat Aisyah memang nak menangis dibuatnya, sebab Sara dan Sakinah tak pandai berdikari. Dalam kepala sentiasa berfikir macamana nak jaga budak 3 orang yang masih kecil ini. Orang sekeliling asyik mengomel, sebab tak makan pil perancang.  Kalau pergi ke hospital atau klinik kerajaan memang kaw-kaw kena sindir.  Pulak takkan saya nak gugurkan pula. Tak pun bagi orang la pulak anak saya ini. Tak mungkin sebabnya, saya tahu tak mungkin orang lain mampu jaga anak saya sebaik saya. Walaupun saya tak tahu saya akan belajar daripada pengalaman.   Si Aisyah yang kuat melalak tak boleh kena tinggal walaupun seminit. Bertambah masalah pulak saya akan bentan selepas pantang. Menangis dengan keadaan kesihatan yang tak berapa baik. Persekitaran rumah baru yang sangat sejuk, lagilah buat saya mudah terkena bentan.



Namun, lama-lama saya sudah biasa dengan budak bertiga ini. Kalau seorang tiada, rasa macam kosong je. Kalau tinggal dengan Aisyah sahaja, tetap sayu walaupun Aisyah sentiasa senyum dengan gaya nakal. Penghibur hati saya. Sekarang saya semakin faham perangai 3 budak baik ini. Walaupun kadang-kadang sikap baran saya muncul takkala kepenatan dan lelah nak buat kerja rumah. Mungkin, saya ini dah terbiasa sikap orang Melaka yang kasar, sukar nak kikis perangai baran ini. Ha..ha...Teringat dulu, cik suami terkejut dengan sikap seorang peniaga roti canai yang kasar melayan pelanggan. Orang Melaka memang brutal sedikit tapi hati baik dan comel lote. Namun, saya masih mampu kawal kemarahan itu. Kadang-kadang kita rasa kita tak mampu menghadapi dugaan yang Allah bagi, namun apabila kita terpaksa juga menghadapi dugaan itu. Barulah kita akan paksa diri untuk belajar tangani masalah itu. Saya suka apabila tanpa orang lain tolong saya akan secara automatik belajar walaupun pemahamannya agak lambat. Dan yang pastinya kita faham betul-betul . 

Sebenarnya dalam hidup ini, kita tidak mungkin benar-benar bersedia hadapi masalah, selagi kita tak mengalami sesuatu perkara yang memaksa kita belajar tangani masalah. Anda perasan tak, apabila kita terlalu takut dengan sesuatu, Allah akan uji kita dengan perkara itu. Sampailah kita faham dan terima masalah itu, barulah kita boleh hadapi hidup dengan tenang. Jika tidak ketakutan itu akan ikut kita sampai kita mati.  Contoh takut ditinggalkan, kita akan sentiasa ditinggalkan, sampaila kita belajar untuk berdikari dan tanpa mengharapkan orang lain. Belajar terima orang tanpa syarat. 

  Kita akan dapatkan keghairahan dan motivasi untuk belajar selepas kita mula belajar. Konsepnya mudah, bersedia sebaik mungkin, gali ilmu dalam blog, ilmu didik anak-anak, pelbagai ilmu yang menjurus kepada cita-cita kita. Nak kaya baca buku cara menjadi kaya. Biar tindakan kita, tindakan yang berilmu. Tarik nafas, pekakkan telinga pada kritikan yang memusnahkan, dengari kritikan yang membina. Usaha, usaha, gagal, cuba lagi, gagal cuba lagi. Belajar daripada orang yang berpengalaman. Usah berfikir lagi, terjun sahaja barulah keghairahan dan motivasi itu akan datang. 
http://wallpaperstock.net/cat-jump-wallpapers_w36701.html

Idea saya juga semakin berkurang apabila terlalu berfikir apa yang ingin ditulis dan terlalu takut dikritik. Takut gagalla, takut tak menariklah. Banyak sangat berfikir. 

Kalau semuanya mudah mana datang keseronokkannya mana datang pengalamannya. Semakin kita dewasa,semakin sukar perjalanan hidup kita. Apabila sudah berkahwin, kita kena belajar menerima baik buruk pasangan kita. Kemudian bekerja keras untuk menyara kehidupan kita sekeluarga. Andai kita lari daripada masalah, masalah akan mengejar kita di mana sahaja. Jadi sesuaikan diri dengan keadaan hidup kita dan ubah hidup kepada lebih baik. Kawal diri kita bukan kawal keadaan atau orang sekeliling kita. Ubah diri dahulu baru orang lain akan berubah. 
Sekian buat masa ini. 

Ingin bekerja hanya di rumah http://dalilayusof.blogspot.com/2014/03/kelas-online-belajar-hanya-di-rumah.html
Perlukan kereta sewa dan MPV http://dalilayusof.blogspot.com/search/label/Kereta%20Sewa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan