Myfreecopyrightv

ds

iklan lazada

Lazada Malaysia

Rabu, 30 April 2014

Sesuaikan Diri atau Lenyap

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Sewaktu mula-mula dapat Aisyah memang nak menangis dibuatnya, sebab Sara dan Sakinah tak pandai berdikari. Dalam kepala sentiasa berfikir macamana nak jaga budak 3 orang yang masih kecil ini. Orang sekeliling asyik mengomel, sebab tak makan pil perancang.  Kalau pergi ke hospital atau klinik kerajaan memang kaw-kaw kena sindir.  Pulak takkan saya nak gugurkan pula. Tak pun bagi orang la pulak anak saya ini. Tak mungkin sebabnya, saya tahu tak mungkin orang lain mampu jaga anak saya sebaik saya. Walaupun saya tak tahu saya akan belajar daripada pengalaman.   Si Aisyah yang kuat melalak tak boleh kena tinggal walaupun seminit. Bertambah masalah pulak saya akan bentan selepas pantang. Menangis dengan keadaan kesihatan yang tak berapa baik. Persekitaran rumah baru yang sangat sejuk, lagilah buat saya mudah terkena bentan.



Namun, lama-lama saya sudah biasa dengan budak bertiga ini. Kalau seorang tiada, rasa macam kosong je. Kalau tinggal dengan Aisyah sahaja, tetap sayu walaupun Aisyah sentiasa senyum dengan gaya nakal. Penghibur hati saya. Sekarang saya semakin faham perangai 3 budak baik ini. Walaupun kadang-kadang sikap baran saya muncul takkala kepenatan dan lelah nak buat kerja rumah. Mungkin, saya ini dah terbiasa sikap orang Melaka yang kasar, sukar nak kikis perangai baran ini. Ha..ha...Teringat dulu, cik suami terkejut dengan sikap seorang peniaga roti canai yang kasar melayan pelanggan. Orang Melaka memang brutal sedikit tapi hati baik dan comel lote. Namun, saya masih mampu kawal kemarahan itu. Kadang-kadang kita rasa kita tak mampu menghadapi dugaan yang Allah bagi, namun apabila kita terpaksa juga menghadapi dugaan itu. Barulah kita akan paksa diri untuk belajar tangani masalah itu. Saya suka apabila tanpa orang lain tolong saya akan secara automatik belajar walaupun pemahamannya agak lambat. Dan yang pastinya kita faham betul-betul . 

Sebenarnya dalam hidup ini, kita tidak mungkin benar-benar bersedia hadapi masalah, selagi kita tak mengalami sesuatu perkara yang memaksa kita belajar tangani masalah. Anda perasan tak, apabila kita terlalu takut dengan sesuatu, Allah akan uji kita dengan perkara itu. Sampailah kita faham dan terima masalah itu, barulah kita boleh hadapi hidup dengan tenang. Jika tidak ketakutan itu akan ikut kita sampai kita mati.  Contoh takut ditinggalkan, kita akan sentiasa ditinggalkan, sampaila kita belajar untuk berdikari dan tanpa mengharapkan orang lain. Belajar terima orang tanpa syarat. 

  Kita akan dapatkan keghairahan dan motivasi untuk belajar selepas kita mula belajar. Konsepnya mudah, bersedia sebaik mungkin, gali ilmu dalam blog, ilmu didik anak-anak, pelbagai ilmu yang menjurus kepada cita-cita kita. Nak kaya baca buku cara menjadi kaya. Biar tindakan kita, tindakan yang berilmu. Tarik nafas, pekakkan telinga pada kritikan yang memusnahkan, dengari kritikan yang membina. Usaha, usaha, gagal, cuba lagi, gagal cuba lagi. Belajar daripada orang yang berpengalaman. Usah berfikir lagi, terjun sahaja barulah keghairahan dan motivasi itu akan datang. 
http://wallpaperstock.net/cat-jump-wallpapers_w36701.html

Idea saya juga semakin berkurang apabila terlalu berfikir apa yang ingin ditulis dan terlalu takut dikritik. Takut gagalla, takut tak menariklah. Banyak sangat berfikir. 

Kalau semuanya mudah mana datang keseronokkannya mana datang pengalamannya. Semakin kita dewasa,semakin sukar perjalanan hidup kita. Apabila sudah berkahwin, kita kena belajar menerima baik buruk pasangan kita. Kemudian bekerja keras untuk menyara kehidupan kita sekeluarga. Andai kita lari daripada masalah, masalah akan mengejar kita di mana sahaja. Jadi sesuaikan diri dengan keadaan hidup kita dan ubah hidup kepada lebih baik. Kawal diri kita bukan kawal keadaan atau orang sekeliling kita. Ubah diri dahulu baru orang lain akan berubah. 
Sekian buat masa ini. 

Ingin bekerja hanya di rumah http://dalilayusof.blogspot.com/2014/03/kelas-online-belajar-hanya-di-rumah.html
Perlukan kereta sewa dan MPV http://dalilayusof.blogspot.com/search/label/Kereta%20Sewa

Selasa, 29 April 2014

Kelas Akaun Offline

Teks: Dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim...

KELAS AKAUN OFFLINE

Masalah Rutin Usahawan Bisnes Kecil
-Tidak tahu menjejaki kos, untung, aliran tunai bisnes
-Terlalu banyak kos tersembunyi kos tersembunyi yang mengecilkan keuntungan
(dilakukan dari awal mula bisnes)
-Mencampur aduk wang syarikat dan wang sendiri
-Menggunakan wang syarikat/bisnes dengan bebas tanpa rasa bersalah
-Membeli banyak stok pada awal bisnes menyebabkan 0 keuntungan
-Jualan meningkat setiap bulan, akan tetapi tidak ada rekod kewangan yang tepat, menyebabkan tidak ada
wang keuntungan
-Tidak memasukkan kos pengurusan, kos minyak menyebabkan 'bahagian wang untung' semakin mengecil dan hampir tidak ada untung
-Selepas setengah tahun beroperasi, bisnes masih pada tahap sama, jualan tidak konsisten dan tidak tahu keuntungan yang tepat
-Bisnes seperti maju, produk laris tetapi tidak ada 'aliran tunai' yang banyak di dalam tangan
Jika kalian kategori usahawan di atas
-Perlu tahu wang peribadi perlu diasingkan dengan wang syarikat
-Belajar buat bajet kewangan
-Buat unjuran sasaran yang perlu dicapai
-Buat sasaran bahagian 'gaji' yang perlu diambil dari 'pendapatan syarikat' selepas layak mengambil gaji
-Perlu tahu kos yang terlibat dalam urusan operasi bisnes
-Perlu tahu mana untung mana rugi
-Perlu tahu kesihatan 'kewangan' atau 'akaun' syarikat adalah bisnes semakin untuk atau semakin rugi
-Perlu tahu asas keluar masuk wang
-Perlu tahu bahawa rekod aliran wang yang tepat membantu usahawan menjejaki keuntungan yang sepatutnya lebih meningkat dari bulan ke bulan
 

Bagi usahawan yang mengalami masalah di atas, boleh sertai bengkel urus kewangan
Bengkel Offline Asas Akaun
Tarikh: 10.5.2014
Lokasi: Shah Alam
Tempat- 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
Masa: 9pg -5ptgl; 
 Tarikh tutup 29/4/2014
Tempah segera 

Isnin, 28 April 2014

Usaha lagi..

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim.....

Bila rasa susah sangat maksudnya dah nak dekat dengan puncak kejayaan, Dah kemuncak , cuma terus tingkatkan usaha dan terus maju lagi... jangan toleh belakang lagi....

http://craessyfeels.blogspot.com/2013/07/heart-and-head-constant-battle.html

Ingin bekerja hanya di rumah http://dalilayusof.blogspot.com/2014/03/kelas-online-belajar-hanya-di-rumah.html
Perlukan kereta sewa dan MPV http://dalilayusof.blogspot.com/search/label/Kereta%20Sewa



Produk Kait Di Gerai Stadium Kuala Selangor Bah. 2

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..

Lagi 3 hari untuk sampai ke acara Simposium Perniagaan Maya pada 1-4 Mei ini. Hari saya masih lagi mempromosikan produk kait kumpulan pengait kami. Terdapat pelbagai produk kiut miut yang boleh didapati di gerai kami untuk dijadikan hadiah kepada orang tersayang. Jom lihat produk apa yang kami ada.


Comel sungguh tab cover ni warna ungu lagi sesuai untuk si gadis yang comel...


Set untuk bayi perempuan yang comel lote dengan pelbagai warna. 

Pelbagai kasut menarik untuk si comel anda. Boleh rambang mata nak pilih banyak rekaan yang cantik untuk dipilih. 



Jangan lepaskan peluang ini untuk melihat sendiri hasil kerja tangan kami yang comel lote ini. 

Ingin bekerja hanya di rumah http://dalilayusof.blogspot.com/2014/03/kelas-online-belajar-hanya-di-rumah.html
Perlukan kereta sewa dan MPV http://dalilayusof.blogspot.com/search/label/Kereta%20Sewa







Sabtu, 26 April 2014

Acara Jualan Produk Kait di Stadium Kuala Selangor

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim....



Objektif Utama Jualan Produk Kait: 

*Supaya masyarakat dapat mengenali dan memahami hobi mengait dengan lebih mendalam
*Selain dijadikan hobi, produk mengait mampu menjana pendapatan sampingan.
*Menjual produk kait seperti kopiah kait, pakaian kanak2, pouch hp dan  lain-lain
*Bengkel Mengait Kopiah bersama admin Kopiah Kait Linanuar Online Butik
*Menjual set mengait untuk yang baru berjinak-jinak dalam hobi mengait ini.
* Memperkenalkan produk kami secara offline untuk meningkatkan kepercayaan pembeli terhadap kami. 

Pelbagai produk kait yang kami jual hasil gabungan beberapa tukang kait yang mahir: 

a) Bunga telur sesuai untuk majlis dan kenduri kendara. 


b) Booties, mittens dan topi kait untuk bayi yang baru lahir. 



c) Topi dan gaun kait untuk gadis kecil anda saiz 0-6 bulan. 

d) Kopiah kait untuk si comel anda, dan masih boleh menempah kopiah di gerai jualan kami oleh tukang kait yang banyak pengalaman. 

e) Pelbagai topi yang comel., dan headband yang bergaya untuk dibeli. Tak lupa juga pengemar aksesori tangan bracelet kait pun ada. 
     
                                           

Ada lagi produk yang menarik saya akan bersambung esok pula, tangan sudah lenguh menaip...tunggu jangan tak tunggu. 

Ingin bekerja hanya di rumah http://dalilayusof.blogspot.com/2014/03/kelas-online-belajar-hanya-di-rumah.html
Perlukan kereta sewa dan MPV http://dalilayusof.blogspot.com/search/label/Kereta%20Sewa





Khamis, 24 April 2014

Kelas Mengait Kopiah.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Mula rancang bekerja dari rumah, secara sambilan sebelum sepenuh masa, baca naskah ini www.janawangdirumah.com


Peluang keemasan untuk yang ingin belajar mengait kopiah, tenaga pengajar sangat berpengalaman luas dalam mengait kopiah. Kebiasaanya jika belajar sendiri menggunakan internet dan buku mengambil masa  yang lama untuk faham. Jika belajar dengan guru depan mata insyaallah mudah faham, namun pastikan diri anda jadi seperti gelas yang kosong. Inyaaallah mudah faham. Boleh menjana pendapatan yang lumayan dengan mengait kopiah.   Jangan lepaskan peluang ini, hanya perlu bayar sekurang-kurangnya RM 10 untuk deposit. Daftar segera tempat adalah terhad. 

Ingin bekerja hanya di rumah http://dalilayusof.blogspot.com/2014/03/kelas-online-belajar-hanya-di-rumah.html
Perlukan kereta sewa dan MPV http://dalilayusof.blogspot.com/search/label/Kereta%20Sewa

Produk Kait Sudah Siap

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Mula rancang bekerja dari rumah, secara sambilan sebelum sepenuh masa, baca naskah ini www.janawangdirumah.com


Merancang aktiviti percutian  bersama keluarga, perlukan MPV dan Van boleh tempah dengan kami, selanjutnya di http://dalilayusof.blogspot.com/2014/01/perkhidmatan-kereta-sewa.html


Assalamualaikum dan salam jumaat, semoga kalian berada dalam keadaan sejahtera selalu. Hampir seminggu cuba menyiapkan produk kait sebanyak-banyaknya untuk jualan namun hanya sedikit sahaja yang mampu dikait.  Ini lah kali pertama, saya lakukan untuk menjual barangan kait di gerai jualan. Masa yang diberi hampir sebulan lebih namun dek faktor pelbagai gangguan seperti anak sakit, anak tak nak tidur tanpa ibunya. Itu semua dugaan bekerja dari rumah. Rancangan mengait banyak tak jadi. Namun, bak kata orang pengalaman kali pertama takkan kembali lagi. Jadi saya harungi juga, maka dapatlah kait walaupun tak seberapa.


Berikut merupakan produk yang saya kait: 

1. Alas kaki



2. Bola lembut bayi

3. Pengantung tuala. 



Tujuan saya mengikuti jualan gerai di Simposium Perniagaan  Maya Kuala Selangor adalah untuk mencabar diri supaya menjual produk kait dengan lebih meluas di pelosok Malaysia. Gagal atau berjaya, kita tolak ke tepi, janji melangkah, jangan kita jadi pemerhati yang suka menyindir setiap perbuatan orang yang sedang berusaha. Kita yang rugi apabila orang dah jauh berlari kita masih terpinga-pinga, tak tahu nak buat apa. Sekian sahaja, jumpa lagi. 
Ingin bekerja hanya di rumah http://dalilayusof.blogspot.com/2014/03/kelas-online-belajar-hanya-di-rumah.html
Perlukan kereta sewa dan MPV http://dalilayusof.blogspot.com/search/label/Kereta%20Sewa

Isnin, 21 April 2014

Belajar Daripada Pengalaman

Teks: Dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim...

Kita perlukan kesilapan untuk belajar erti hidup maka lahirlah pengalaman. Apabila kita turut belajar daripada kesilapan orang lain, maka kita makin semakin banyak pengalaman. Jadi jauhkan mengeji kesilapan orang lain namunkita harus belajar daripada kesilapan orang lain agar kita semakin pandai. Pandai menghadapi cabaran hidup di dunia ini.

Ingin bekerja hanya di rumah http://dalilayusof.blogspot.com/2014/03/kelas-online-belajar-hanya-di-rumah.html
Perlukan kereta sewa dan MPV http://dalilayusof.blogspot.com/search/label/Kereta%20Sewa

Ahad, 20 April 2014

Patern kopiah kait

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Mula rancang bekerja dari rumah, secara sambilan sebelum sepenuh masa, baca naskah ini www.janawangdirumah.com



Merancang aktiviti percutian  bersama keluarga, perlukan MPV dan Van boleh tempah dengan kami, selanjutnya di http://dalilayusof.blogspot.com/2014/01/perkhidmatan-kereta-sewa.html

Penghujung bulan 4 semakin hampir, ada tak yang berminat nak mengait kopiah untuk orang tersayang, terutama anak-anak dan suami untuk dipakai waktu raya? Ramadhan semakin hampir. Hari ini nak kongsikan pelbagai tutorial kait untuk kopiah. Seronok kalau apa yang kita kait ini dipakai oleh orang tersayang.

Memang awal-awal nampak tak kemas, tapi WAJIB teruskan usaha sampai kopiah yang dikait nampak kemas dan cantik. Bangga kalau kita mampu buat untuk orang tersayang. Rahsia kejayaan adalah teruskan usaha sampai kita biasa dengan apa yang kita usahakan disamping mencari ilmu dalam buku, tanya orang yang pandai, Insyaaallah berjaya. Masa saya mula-mula buat kait memang banyak kali leraikan benang, kemudian kait semula sampailah menjadi. Kesannya, saya akan mudah ingat paten kait itu dan hasil kaitan saya makin kemas. Cubalah ya.

1. Paten yang mudah, tutorial lengkap dengan gambar, memudahkan pembaca memahami setiap langkah. Anda boleh variasikan dengan pelbagai warna dan dua jenis reka bentuk. Paten daripada fruitfulfusion



2. Paten kedua daripada Syeda's Hobbies. Saiz kopiah boleh diubahsuai selaras dengan saiz jarum kait,. Lagi besar saiz jarum, lagi besar saiz kopiah.  

3. Paten ketiga daripada Crochet Is Fun, comel sangat koipah ini. Paten ini agak sukar bagi saya sebabnya hampir setahun nak faham, sekarang baru faham. Tetapi mungkin anda sudah pakar dalam kait mengait, anda boleh cuba paten ini. Blog ini juga ada tutorial cara mengait nama di kopiah kait. 

4. Paten ini berbayar, saya dah cuba dan berbeza sedikit daripada paten no 3. Tutorial mudah difahami kerana ada gambar menerangkan langkah demi langkah.  Boleh dapatkan di Lina Nuar Butik

Selamat mencuba, buatan hasil tangan kita adalah tanda kasih sayang kita pada orang tersayang. Bila kita mengait perasaan kita akan mempengaruhi hasil kaitan itu, kalau tertekan kita akan hasilkan hasil kait yang tak cantik. kalau tak yakin hasil kaitan kita akan jadi senget benget. Jadi kaitlah dengan kasih sayang dan keyakinan. Selamat mencuba. 

Iklan: Bagi surirumah seperti saya, jom jana pendapatan hanya di rumah melalui blog, dapatkan keterangan lanjut di http://dalilayusof.blogspot.com/2014/03/kelas-online-belajar-hanya-di-rumah.html

rujukan: http://homemakers-puteri.blogspot.com/2012/08/kopiah-dan-siput.html




Jumaat, 18 April 2014

Ulasan Peserta Kelas Akaun.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Mula rancang bekerja dari rumah, secara sambilan sebelum sepenuh masa, baca naskah ini www.janawangdirumah.com

Merancang aktiviti percutian  bersama keluarga, perlukan MPV dan Van boleh tempah dengan kami, selanjutnya di http://dalilayusof.blogspot.com/2014/01/perkhidmatan-kereta-sewa.html

Ulasan salah seorang peserta kelas akaun, Nurhidayah Bahari

Ulasan Kelas Asas Akaun Online

Teks : Nurhidayah Bahari

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah S.W.T.. Atas izin dan kasih sayang-Nya saya berpeluang menimba ilmu di Kelas Asas Akaun Online sesi 17 Mac 2014.

Saya kecilkan skop pengurusan akaun ini kepada akaun para WAHM (Work At Home Mom), pemilik SOHO (Small Office Home Office) atau lebih mudah, akaun surirumah yang bekerja dari rumah. 

Saya ingin sekali berkongsi tentang beberapa pesanan dan nasihat yang diberikan oleh Tenaga Pengajar Bertauliah iaitu Puan Khadijah Abdullah tentang asas pengurusan akaun perniagaan yang sebenar. 

Dan saya ingin sekali mengajak para WAHM @ pemilik SOHO merenung sedikit ilmu yang dikongsikan disini dari kelas ini dan mengaitkannya dengan realiti sebenar cara kita menguruskan akaun perniagaan kita. 

Kelas ini sangat memberikan kejutan!

Puan guru berpesan, apabila kita telah membuat keputusan untuk berniaga adalah lebih baik kita menetapkan satu akaun bank khas untuk perniagaan kita. Walaupun perniagaan kita itu kecil-kecilan sahaja, menyediakan satu akaun bank khas menunjukkan kita serius didalam perniagaan dan ingin pergi lebih jauh lagi. Wang perniagaan dengan wang peribadi wajib diasingkan. 

Namun realitinya apa yang kita buat? Wang perniagaan dan wang peribadi bercampur aduk. Kadangkala perniagaan terpinjam wang peribadi. Kadangkala kita terguna wang perniagaan. Bukan kadang-kadang. Tapi kebiasaannya. Kan? 

Selain itu setiap transaksi wang perniagaan kita mestilah direkodkan waima RM0.01 pun. Tiada sen pun yang terkecuali. 

Namun realitinya? Jangan kata 1 sen. Transaksi RM100.00 atau RM1000.00 pun tidak pernah kita rekodkan. Kenapa ya? Kita lupa dan kadangkala kita buat-buat lupa. Kan?

Buku catatan kecil untuk merekodkan transaksi perlu sentiasa dibawa ke mana sahaja kita pergi. Bagi surirumah, simpan buku catatan itu didalam beg tangan. Didik diri kita untuk merekod setiap transaksi. Catatan ini adalah supaya kita tidak terlupa apa jua transaksi yang telah dilakukan serta bagi memudahkan pengiraan untung rugi perniagaan setiap bulan.

Antara lain yang sangat menyentap kesedaran saya adalah pengiraan untung bersih dari perniagaan kita.

Saya ringkaskannya begini.

Situasi :
---------
Siti Nurhaliza menjalankan perniagaan produk Jamu Kak Dara. 

Harga jualan sebotol Jamu Kak Dara : RM100.00

Harga kos sebotol Jamu Kak Dara      : RM 70.00

Untung kasar sebotol Jamu Kak Dara : RM30.00

---------

Kesilapan yang Siti Nurhaliza lakukan adalah dia menganggap RM30.00 itu adalah Untung Bersih lalu mengeluarkannya dari wang perniagaan dan menggunakan wang itu untuk keperluan peribadi.(Seperti yang biasa kita lakukan. Kan?)

Dia terlupa untuk mengambil kira kos tol/petrol menguruskan stok Jamu Kak Dara. Dia terlupa mengira kos pemasaran yang telah buat untuk memasarkan produknya. Dia lupa kos bil eletrik penggunaan laptop  dan juga bil internet. Dia sangkakan dia untung, hakikatnya dia hanya kerugian masa dan tenaga. Wang apatah lagi. Rugi. Negatif.

Inilah yang paling menyentap perasaan saya. 

Termenung sekejap saya memikirkannya.

Insaf.

Lalu saya berazam memperbaiki kesilapan ini.

Anda bagaimana? Jika pengurusan akaun perniagaan anda sudah tepat dan teratur itu bagus untuk anda. 

Jika tidak, segeralah menuntut ilmu asas pengurusan akaun ini. Supaya kesilapan tidak berlaku lagi. Supaya tidak menyangka diri untung hakikatnya rugi.

Betulkan yang biasa. Biasakan yang betul.
Iklan: Bagi surirumah seperti saya, jom jana pendapatan hanya di rumah melalui blog, dapatkan keterangan lanjut di http://dalilayusof.blogspot.com/2014/03/kelas-online-belajar-hanya-di-rumah.html





Kesukaran itu buat kita makin kuat

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Mula rancang bekerja dari rumah, secara sambilan sebelum sepenuh masa, baca naskah ini www.janawangdirumah.com

Merancang aktiviti percutian  bersama keluarga, perlukan MPV dan Van boleh tempah dengan kami, selanjutnya di http://dalilayusof.blogspot.com/2014/01/perkhidmatan-kereta-sewa.html



http://www.truthdig.com/cartoon/item/nelson_mandela_20131206
Iklan: Bagi surirumah seperti saya, jom jana pendapatan hanya di rumah melalui blog, dapatkan keterangan lanjut di http://dalilayusof.blogspot.com/2014/03/kelas-online-belajar-hanya-di-rumah.html

Kita mendapat pengajaran terbesar daripada kesukaran.  Allah s.w.t mendidik kita melalui bencana yang kita lalui. Jika kita tak ditimpa bencana kita tak kan berubah jadi baik.

Jualan Barangan Crochet

Teks: Dalila Yusof

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Mula rancang bekerja dari rumah, secara sambilan sebelum sepenuh masa, baca naskah ini www.janawangdirumah.com

Merancang aktiviti percutian  bersama keluarga, perlukan MPV dan Van boleh tempah dengan kami, selanjutnya di http://dalilayusof.blogspot.com/2014/01/perkhidmatan-kereta-sewa.html

Kami mengalu-alukan kedatangan untuk memeriahkan Jualan hasil tangan kait kami  di Simposium Perniagaan Maya bertempat di Stadium Kuala Selangor, pada 1-4 Mei 2014.  


Iklan: Bagi surirumah seperti saya, jom jana pendapatan hanya di rumah melalui blog, dapatkan keterangan lanjut di http://dalilayusof.blogspot.com/2014/03/kelas-online-belajar-hanya-di-rumah.html

Kami menjual pelbagai hasil tangan barangan kait antara produk jualan kami: 

1. Topi kait yang cantik-cantik
Tuan Empunya: Yani Zaini
2. Booties dan Topi Kait
Tuan Empunya: Salmah Harun 
3. Dress dan topi kait
Tuan Empunya: Roses Garden 
Ada lagi banyak produk kami, saya akan paparkan dari semasa ke semasa. Tunggu jangan tak tunggu.




Khamis, 17 April 2014

Semua Orang Di sekeliling kita Adalah Guru

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Mula rancang bekerja dari rumah, secara sambilan sebelum sepenuh masa, baca naskah ini www.janawangdirumah.com

Merancang aktiviti percutian  bersama keluarga, perlukan MPV dan Van boleh tempah dengan kami, selanjutnya di http://dalilayusof.blogspot.com/2014/01/perkhidmatan-kereta-sewa.html




http://www.huffingtonpost.com/2014/04/03/cartoon-life-lessons_n_5071757.html

"Kita di sini untuk belajar dan dunia ini GURU kita.

Apabila kita GAGAL memahami sesuatu pelajaran kita kena MENGAMBILNYA BERKALI-KALI! Sebaik-baik kita dapat MEMAHAMInya, kita beralih ke pelajaran berikutnya.
(dan kita tidak pernah berhenti belajar sehinggalah kita mati) "

Ikut hati anda, Karya Andrew Mathews. 

Iklan: Bagi surirumah seperti saya, jom jana pendapatan hanya di rumah melalui blog, dapatkan keterangan lanjut di http://dalilayusof.blogspot.com/2014/03/kelas-online-belajar-hanya-di-rumah.html



Semua orang di sekeliling kita adalah guru tidak kira ibu bapa, adik beradik, pasangan dan anak-anak akan mengajar supaya kita memperbaiki kelemahan kita, mengajar kita jadi sabar, mengajar kita jadi ikhlas, mengajar tentang sayang, mengajar tentang bekerja keras. Dan sebaik-baik guru adalah keluarga kita, kerana kita terpaksa jadi IKLHAS walupun penat, sakit, mereka menyakitkan hati terpaksa layan mereka kerana tanggungjawab, terpaksa BEKERJA KERAS untuk menyara keluarga , terpaksa MENYAYANGI walaupun mereka banyak menyakitkan kita, terpaksa MENERIMA semua kekurangan mereka dan MEMPERBAIKI kekurangan kita, MENYANJUNGI segala kebaikan mereka. 

Bila TERPAKSA barulah IKHLAS,KASIH SAYANG, PENERIMAAN, PENYANJUNGAN, KEKUATAN,  ITU DATANG....

Bila kita terpaksa memilih satu jalan sahaja barulah kita boleh belajar erti hidup. 







Telekung Material Korean lycra

Teks: Dalila Yusof
Bismillahiramanirahim....

Bulan Ramadhan semakin hampir ramai yang dah buat pelbagai rancangan untuk raya kelak. Ada yang berazam nak tambah ibadah untuk bulan puasa. Ada juga yang merancang nak tambah pendapatan di bulan puasa. Tahun ini saya menjual telekung, material korea lycra lembut sesuai pakai sewaktu raya nanti.







Harga RM 60 termasuk penghantaran.
Ingin bekerja hanya di rumah http://dalilayusof.blogspot.com/2014/03/kelas-online-belajar-hanya-di-rumah.html

Perlukan kereta sewa dan MPVhttp://dalilayusof.blogspot.com/search/label/Kereta%20Sewa

Selasa, 15 April 2014

Kelas Blog & fanpage Borong Telekung Solat.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

kelas Blog & fanpage Borong Telekung Solat

Kelas Borong Telekung Solat
Terhad 30 pendaftaran sahaja
-Guru online Mie Normi.
-4 ebook rujukan
Yuran RM250 (kelas premium)
Komisen pengurus online RM50

*******************************************************************

 PELUANG BISNES BULAN RAMADHAN

Alhamdulillah, kita berada pada bulan-bulan terakhir menghampiri Ramadhan yang penuh berkat. Berdasarkan pengalaman dan pertanyaan demi pertanyaan melalui blog ini, sekarang ramai peniaga-peniaga mula tercari-cari produk "hot" sepanjang Ramadhan.

Telekung solat salah satunya. Maka dengan besar hati kami mencari mereka yang fokus dan berkomitmen untuk merebut peluang ini.

Kelas membina blog & fanpage borong khusus bagi kalian yang mahu belajar. Hanya terhad 30 pendaftaran sahaja!

Kita fokuskan pada jualan borong Telekung Solat sahaja.
-Telekung Solat Vietnam
-Telekung Solat Indonesia
-Telekung Solat Sulam
-Telekung Solat Kanak-Kanak.

Apa yang kalian bakal dapat? InsyaAllah,

- Ilmu membina blog & fanpage niaga
- Blog yang menepati minat pembeli
- Bersama dalam satu fanpage group dengan barisan guru-guru online Akademi Bekerja Di Rumah - yang berpengalaman dalam bisnes online.
- Produk telekung pelbagai jenis yang sedia ada stoknya.

Dibuka untuk 30 penyertaan sahaja!!!



Ingin bekerja hanya di rumah http://dalilayusof.blogspot.com/2014/03/kelas-online-belajar-hanya-di-rumah.html
Perlukan kereta sewa dan MPVhttp://dalilayusof.blogspot.com/search/label/Kereta%20Sewa

Perangai buruk dan baik

Teks: dalila Yusof Bismillahirahmanirahim... Perangai buruk ibarat rumput dan lalang yang tak ditebas. Tumbuh subur tanpa baja dan penja...