Tutorial Tukar T-shirt Jadi Benang


Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim

T-shirt buruk,  kebiasaannya ramai yang akan buang atau memberi tshirt buruk kepada orang lain, sayangnya jika dibuang begitu sahaja. Tidak ramai yang tahu tshirt ini boleh ditukar menjadi benang. Benang tshirt boleh dikait menjadi alas kaki, bakul, alas periuk dan sebagainya. Hari ini saya ingin berkongsi tutorial menukar tshirt menjadi benang.
Anda memerlukan gunting kain yang tajam, beberapa helai tshirt buruk dan pembaris panjang.

1) Mula-mula,  bentangkan t-shirt di atas meja kerja atau lantai,  potong bahagian atas dan bawah seperti gambar 1(a). Kita hanya memerlukan bahagian tengah tshirt untuk dibuat benang.
Gambar 1 (a)


2) Ukur 1 inci di sisi atas tshirt, lipat 2 bahagian tengah tshirt tersebut. Pastikan bahagian tepi bawah tshirt tadi tidak melebihi ukuran 1 inci tadi seperti dalam gambar 2 (a).
Gambar 2 (a)

3) Lipat sekali lagi, pastikan lipatan tidak melebihi 1 inci seperti gambar 3 (a)
Gambar 3 (a)

4) Tandakan lebar jalur yang anda ingini,  samaada selebar 1/2 inci atau 1 1/2 inci, terpulang kepada anda.  Pastikan jangan terlalu kecil lebar jalur. 

5) Inilah hasilnya selepas anda selesai mengunting jalur-jalur tersebut. Pastikan anda mengunting tidak melebihi ukuran tepi 1 inci tadi. 

6)  Buka lipatan, dan anda akan dapati masih ada ukuran 1 inci  margin di atas jaluran tadi. 

7) Gunting secara menyerong  ikut garisan dalam gambar 7 (a) dan teruskan gunting sehingga selesai. Hasilnya akan menjadi seperti gambar 7 (b). Hati-hati dalam proses ini jika tersalah gunting anda gagal untuk mendapat benang yang panjang.

Gambar 7 (a)

Gambar 7 (b)

 Sila gunting secara menyerong daripada tepi tshirt, sehingga selesai, hujung tshirt akan berakhir seperti dalam gambar 7 (c). Gunting menyerong mengikut garisan sehinggalah selesai ke hujung tshirt. 


Gambar 7 (c)
8) Selesai mengunting anda akan dapat benang tshirt yang sangat panjang.

9) Sekarang anda perlu menarik benang tersebut menggunakan dua tangan supaya benang  tersebut bergulung menjadi seperti gambar 9 (a). Tarik dan tarik benang hingga hujung benang, langkah ini akan memanjangkan benang anda.
Gambar 9 (a)
Sumber: http://www.molliemakes.com/projects/how-to-make-t-shirt-yarn/
10) Sekarang sudah siap sedia untuk digulung menjadi bebola benang. 






Jana wang melalui blog di Akademi Bekerja Dari Rumah

Ingin selesa berjalan jauh, sewa kereta MPV dan Hiace

Rujukan:
http://mousechirpy-polkadotpineapple.blogspot.com/2008/03/tutorial-t-shirt-yarn.html
http://www.molliemakes.com/projects/how-to-make-t-shirt-yarn/









Ulasan