Tips Urus Masa Dengan Anak

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

tip urus masa

Tips urus masa/tekanan suri kerja dari rumah
Kata suri K
"Saya kelam kabut tidak tahu mahu fokus yang mana. Anak-anak mula menangis kelaparan, kerja banyak yang mahu buat tetapi tidak selesai. Pendapatan juga turun dan naik. Saya hilang fokus."

-Ada lima check point harian untuk kita berhenti lelah dan bertenang sekejap
-Sebelum anak-anak bangun, kita perlu bangundahulu. Mulakan apa boleh selesai.
-Sebelum bagi anak-anak makan, kita dahulu perlu kenyang
-Sebelum beli untuk anak-anak, reward diri sendiri dahulu
-Buat senarai malam hari 1 hingga 20
-Pilih yang berat untuk diselesaikan pada jam awal pagi

Itu dulu.
Pakar motibasi mak jemah
MasayuAhmad.com
Baca naskah ini dulu, perkongsian sebenar ibu-ibu bekerja dari rumah
http://superwahmsupermom.blogspot.com/


Matlamat utama bekerja dari rumah adalah untuk menjaga dan mendidik anak serta memenuhi segala keperluan mereka. Pada masa sama, menjana pendapatan sampingan walaupun di rumah bagi membantu suami. Dua perkara tersebut yang paling penting, sesudah itu barulah urusan rumahtangga.  Jangan sesekali harapkan rumah sekemas hotel apabila mempunyai anak yang sedang membesar.

Terima hakikat: Bekerja dari rumah memang akan menjadi lambat terutamanya jika mempunyai anak yang masih kecil, sedang membesar, apatah lagi bergantung 100 % dengan kita. Apa gunanya berada di rumah jika anak-anak terabai dan hanya dibiarkan menonton tv, bermain ipad menonton kartun sepanjang hari semata-mata ingin bekerja cepat. Ibu perlu kaji anak sedalam-dalamnya waktu yang mereka paling aktif, lapar dan mengantuk.

Apabila anak sudah cukup tidur, makan, minum barulah mereka tidak akan membuat perangai. Fahami jiwa anak jika mereka mula memberontak dan mengamuk. Anak juga penat, letih, sakit, marah, sedih seperti kita. Jadi berikan perhatian belaian kepada anak, pelukan agar mereka rasa tenang bersama kita. Bukan mencemuh setiap kenakalan mereka. Mereka perlu lakukan kesilapan untuk memahami erti kehidupan. Jadikan waktu makan, tidur, main, mandi, waktu yang paling menyeronokkan. Biar  mereka rasai keseronokan apabila berada dengan anda. 

Teknik sambil-menyambil: Gunakan teknik sambil berjalan ke dapur untuk buat air kopi, mengutip mainan yang berterabur di lantai. Sambil berbual di telefon mengelap habuk di perabot. Maksudnya, setiap masa digunakan sepenuhnya dan tidak bertangguh. 

Peruntukkan 10/ 5 minit: Kadang-kadang pelbagai teknik telah digunakan, namun masih tidak berjaya, anak yang bergaduh, menyepahkan rumah, nak itu nak ini, apa yang boleh dilakukan hanyalah mengurangkan kesan rumah bersepah. Jangan terlalu berharap rumah cantik macam hotel apabila anak sedang membesar. Peruntukkan 10/ 5 minit untuk fokus kepada setiap kerja rumah dan perniagaan kecuali memasak.

Inginkan pelbagai tips lagi urus masa, urus tenaga dapatkan ebook Super Wahm, Super Mom hanya berharga RM 25 sahaja.


Tempah sahaja di  sini



Jana wang melalui blog di Akademi Bekerja Dari Rumah

Ingin selesa berjalan jauh, sewa kereta MPV dan Hiace











Ulasan