Ambil Masa Untuk Lakukan Apa Sahaja.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim....


Selamat pagi dan assalamualaikum, banyak juga projek yang terbengkalai sejak akhir-akhir ini gara-gara memasuki satu lagi zon kurang selesa. Zon mengait satu hari untuk menjual di gerai Simposium Perniagaan Maya 1-4 Mei 2014. Kelamkabut kembali untuk menyusun jadual harian bersama anak-anak yang bertambah nakal  apabila si ibu sibuk mengait. Paling geli hati apabila Sara cuba mengait tanah liat guna chopstik. Ini sudah terpengaruh dengan kegilaan si ibu. Bolehlah membina syarikat mengait bersama-sama anak-anak kelak.

Sumber: http://reflectionsofachronicanthropologist.wordpress.com/page/2/

Apabila memasuki zon kurang selesa memang agak kelamkabut dan terasa seperti meroyan kembali. Apabila kita sendiri tak tenang anak juga akan terpengaruh dengan aura tertekan yang disebarkan oleh kita. Maka, kena belajar tenangkan diri dan banyak bersabar, serta selalu ingat Allah dan banyakkan berselawat.
Banyakkan bermain dengan anak dan selalu peluk mereka terutama ketika mereka baru bangun dari tidur, sebelum tidur. Jadikan setiap detik bersama mereka adalah detik paling berharga dan takkan kembali.

Apabila kita bercakap mengenai pengurusan masa, memang masa yang diberikan selama 24 jam sehari takkan pernah cukup. Apatah lagi terkejar-kejar dengan memasak, mengemas rumah, anak-anak inginkan belaian, itu belum suami juga yang mengarahkan itu ini. Kita perlu tahu hidup ini tiada yang sempurna kecuali Allah s.w.t, kita hanya boleh berusaha untuk sempurna sahaja, dan redha dengan apa jua hasilnya.

Jangan hidup terburu-buru, semuanya perlu cepat, cantik, sekali buat terus berjaya. Katakan pada diri beri fokus sepenuhnya apa yang anda sedang lakukan. Beri peluang pada diri untuk memhami  apa yang dipelajari tidak kira berapa lama masa yang perlu diambil, begitu lama masa yang perlu diambil. Agar kefahaman itu akan menjadikan anda pantas bergerak. Ambil masa bertenang supaya hidup berjalan lancar, supaya kita dapat mendengar suara hati kita, melihat setiap petunjuk yang Allah s.w.t beri dalam setiap kegagalan yang ditempuhi.

"Kalau anda ikut sesuatu impian, adakalanya anda tidak selesa-anda akan disingkiri, dikritik, kesempitan wang dan kehabisan tenaga. Apabila anda menghadapi kesusahan pandangla sebagai sebahagian proses. Biarkan diri terpesona. Berminat. Terasa lucu. Lihat unsur jenaka dalam keadaan itu."

Andrew Mathews, Ikut Hati anda.

Rujukan: Andrew Mathews, Ikut Hati anda.


Jana wang melalui blog di Akademi Bekerja Dari Rumah

Ingin selesa berjalan jauh, sewa kereta MPV dan Hiace




Ulasan