Pengalaman Berdepan Dengan Karenah Jurujual Terdesak.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim....

Semenjak berpindah ke rumah baru, ada sahaja jurujual yang datang mempromosi barang. Seram dengan pelbagai cerita taktik jenayah yang berlaku dewasa ini, saya tidak pernah sekali mengizinkan mereka masuk ke dalam rumah walaupun suami berada di rumah. Pernah sekali ketika waktu mula-mula pindah, seorang lelaki datang ke rumah menyatakan untuk membuat pemeriksaan kebocoran gas dengan nada serius.

 Saya yang sangat naif membenarkan dia masuk. Dia mula menerangkan bagaimana memeriksa gas bocor, sehinggalah mula mempromosikan produk beliau.  Beliau seperti mendesak kami untuk membeli produk tersebut dan menyatakan boleh membayar ansuran. Apabila kami enggan beliau ingin meninggalkan produk beliau dan menyuruh kami mencuba sambil menunjukkan rekod pelanggan beliau. Kami tetap tidak ingin membeli produk beliau. Akhirnya, suami menyuruh beliau meninggalkan nombor telefon dan kami akan menghubungi nombor beliau. kami membuat bermacam helah untuk menyuruh penjual itu pergi. Dengan bermuka kelat beliau memasang kembali injap silinder gas , sambil berulang-ulang kali menyuruh suami memeriksa kembali injap tersebut.

Ketika saya ingin memasak saya mula tercium bau gas, sah penjual tadi membocorkan injap gas kami kerana bengang. Cepat-cepat saya menutup dapur dan menutup injap gas. Silap haribulan boleh meletup rumah dibuatnya. Apa yang saya ingin kongsikan disini, produk beliau sangat bagus namun di sebab sikap beliau yang suka memaksa dan kurang sabar menyebabkan pelanggan lari. Cara mempromosinya sudah bagus namun taktik pemasaran dari rumah ke rumah sudah lapuk. Orang ramai sangat berjaga-jaga ekoran banyak kes penyamaran dan pecah rumah dewasa ini.

Bayangkan jika suami tiada rumah mungkin beliau menggunakan pelbagai cara untuk mendesak saya sehingga saya mebeli produk beliau. Huh..sungguh menakutkan. Apa yang seorang jurujual perlu tahu pelanggan tidak mungkin akan membeli produk anda serta merta mungkin pelanggan anda berminat pada masa akan datang. Seorang jurujual perlu arif dengan kehendak seorang pelanggan antaranya:

1) Dengari masalah pelanggan, kemudian pelajari sesuatu.
Fahami masalah pelanggan dahulu baru promosi barang anda. Kebiasaanya jurujual sibuk mempromosi barang mereka tanpa mngambil kira dengan organisasi atau  perniagaan pelanggan anda dahulu. Pendek kata berkenalan terlebih dahulu dengan pelangan bina situasi menang menang dahulu. Orang lebih selesa apabila kita sudah tahu masalah mereka dan berkenalan mereka. Mudah bagi kita membina pelanggan yang tetap bukan sekadar menjual produk.

2) Mempunyai pengetahuan yang luas.
Anda perlu mempunyai pengetahuan yang luas berkenaan organisasi dan persekitaran pelanggan, bukan hanya berkenaan produk anda. Pelanggan sangat senang apabila masalah mereka dapat diselesaikan melalui belian produk atau perkhidmatan anda.

3) Membina hubungan kukuh dengan pelanggan.
 Anda perlulah mempunyai hubungan yang kukuh dengan pelanggan dengan membantu menyelesaikan masalah, bukan hanya terus pergi selepas menjual produk. Pentingnya perkhidmatan selepas menjual produk supaya pelanggan terus menjadi pelanggan tetap.

4) Pelanggan ingin anda menepati janji
Pelanggan mahukan produk yang dibeli bermanfaat dan nilai tambah seperti yang diterangkan si penjual. Bukan hanya omongan kosong si penjual semata-mata untuk melariskan produk mereka. Pastikan anda mempunyai jadual tetap berjumpa dengan pelangan. Penjual perlu memastikan perkara berkaitan jualan terutama perkhidmatan selepas jualan berjalan lancar. Pelanggan perlukan jurujual yang boleh dijadikan tempat rujukan selepas aktiviti jualan.

5) Pelanggan ingin rasa dihormati.
Penjual perlu melayan pelanggan dengan penuh rasa hormat supaya pelanggan akan rasa senang dengan anda dan akan mudah menjadi pelanggan tetap anda.

6) Bertindak balas dengan cepat
Berilah perhatian dan selesaikan segera sebarang masalah berbangkit selepas aktiviti jualan.

7) Fleksibel dan kreatif.
Fleksibel dan kreatif dalam menyelesaikan masalah yang timbul tanpa banyak halangan.

Kini penjual boleh memasarkan produk menggunakan medium blog. Anda boleh memasarkan produk anda dengan mudah. Pelanggan akan datang sendiri kepada anda tanpa perlu paksaan. Kongsikan pengalaman anda dan cara menggunakannya. Jadikan pembaca blog anda seperti rakan seterusnya pelanggan tetap anda. Ingin tahu caranya klik sahaja di sini

Sewa kereta MPV dan Hiace dengan kami di sini

Rujukan: Mengapa Gagal Menjual karya Zamri Aminuddin.


Ulasan

Catat Ulasan