Khamis, 26 Disember 2013

Tutorial Mengait Double Crochet

Teks: Dalila Yusof
Sumber Gambar: Lion Brand. 

Hari ini saya akan berkongsi cara double crochet. Kaitan sekali belit (skb) atau lebih dikenali sebagai double crochet (dc). Kaitan sdouble crochet 2 kali lebih tinggi daripada half double crochet. Kaitan ini  sangat popular kerana menghasilkan kaitan yang longgar berbanding half double crochet. 

1. Mulakan dengan 7 chain. 


2. Belit  sekali benang pada jarum . Langkau 3 chain, masukkan jarum pada chain  ke 4.
3. Kait benang melalui chain ke 4. Sekarang anda ada 3 loops pada jarum. 

4. Belitkan benang pada jarum, kaitkan hanya  2 loops.  
5. Sekarang hanya tinggal 2 loops pada jarum. Belit sekali lagi benang ke jarum, kemudian kait 2 loops terakhir. 
6. Inilah hasilnya. Sekarang ulang langkah 2 hingga 5 sehingga hujung chain. 
Selamat mencuba..Jika anda kurang faham istilah di atas, sila rujuk istilah kait. 


Nota Kaki: skb= dc (double crochet) , dkk= sc(single crochet), kta=chain (ch), jerutan= loops. 

3 ulasan:

  1. Beberapa bulan lepas dah siap beli jarum kait n benang dah. Teringin nak belajar buat crochet teddy bear comel2. Belajar dr video...akhirnya berbelit2 jer..simpan jer jarum n benang sampai skrg..huhuhuhuh.

    BalasPadam
  2. o...yang tu pggl amigurumi..tak explore lagi..hu2 tgh kait dress anak2.

    BalasPadam
  3. Kene buat yang mudah2 dulu..nanti pening..da faham bru bleh buat yang susah2 ..

    BalasPadam