Myfreecopyrightv

ds

iklan lazada

Lazada Malaysia

Sabtu, 30 November 2013

Peralatan Untuk Mula Mengait Jarum 1

Teks: Dalila Yusof
Sumber Gambar: Google

Bismillahirahmanirahim,

Bayangkan benang kait yang hanya berharga 2 ringgit kita mampu tukarkan menjadi barang mainan seperti bola, kereta, dan anak patung. Selain itu, dengan beberapa ketul benang  kait dikait untuk jadikan alas meja dan peti sejuk, bunga, topi dan baju. Macam ahli sihirkan  he..he.... Lagila seronok, bile tengok anak bermain dengan permainan yang kita buat sendiri. Rumah terhias dengan alas meja dan bunga yang kita hasilkan daripada hobi sampingan mengait. Seronok bukan?

Hari ini saya akan berkongsi dengan anda berkenaan asas belajar mengait jarum satu (Crochet). Apa yang anda perlukan untuk mula mengait?

1. Jarum kait
2. Benang kait
3. Gunting
4. Jarum jahit

Di mana anda boleh dapatkan? Anda boleh dapatkan di semua kedai kraftangan bunga . Saya sangat suka membeli barang kait di kedai Daiso sebab banyak pilihan jarum dan benang. Setiap barang yang dijual di Daiso hanya berharga RM 5. Tetapi, pembeli harus bijak memilih kerana terdapat beberapa harga  barang yang tidak munasabah. Bagi yang masih baru dalam bidang mengait ini, saya cadangkan anda membeli benang-benang murah seperti Nona, Minlon dan Wuna.





Kadang-kadang, malas jugak nak keluar rumah semata-mata nak cari benang kait. Apalagi, kalau mempunyai ramai anak yang masih kecil  macam saya. Mau haru biru, mengejar mereka di kedai kraf. Silap haribulan boleh hilang. Kini segalanya mudah hanya  bermula dihujung jari dan klik saja di kedai online. Jimat tenaga dan masa. Kedai online yang paling saya suka http://linanuar69-kaitmengaitcun.blogspot.com/ dan 
Da Knit Online Store. Kedai-kedai ini menjual pelbagai benang kait termasuk dari luar negara dan juga peralatan mengait. 

Apa tunggu lagi? Jika anda benar-benar berminat dapatkan segera kit alatan mengait jarum satu anda. Entri berikutnya, saya akan ajar anda pelbagai teknik asas mengait. Jangan lupa Follow..


Jumaat, 29 November 2013

Perihal Penulis

Tentang Penulis

Teks: Dalila  Yusof 

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Saya mulakan entri ini dengan memperkenalkan diri saya. Saya berasal dari Melaka, kemudiannya berpindah ke Selangor kerana menhgikut suami.  Saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong, seterusnya melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Londang, Melaka. Saya meneruskan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Fizik.  Saya memilih bidang ini kerana bercita-cita tinggi menjadi ahli astronomi seperti al-khawarizmi. Sesungguhnya,  pemandangan bintang di waktu malam teramat indah dan mengasyikkan


Selepas graduasi, saya  melakukan pelbagai kerja antaranya bekerja sebagai pembantu jurujual di Jusco Seremban 2. Saya amat pemalu bile bercakap dan sangat kurang keyakinan. Pekerjaan ini sedikit sebanyak membantu saya tentang komunikasi dengan pelanggan. Seterusnya, saya mendapat pekerjaan di Planetarium Melaka sebagai pegawai Sains. Pekerjaan ini amat menyeronokkan, sambil bekerja saya boleh makan angin bahkan pekerjaan ini amat sesuai dengan Ijazah Fizik saya. 

Namun, selepas berkahwin saya berpindah ke Johor mengikut suami . Suami bekerja sebagai juru x-ray di Hospital Kulai. Oleh kerana, bosan di rumah saya memohon pekerjaan di sebuah kilang memproses ubat nyamuk, Kilang Lian Soon Siong. Di sini, saya bekerja sebagai pegawai tadbir sehinggala saya berhenti kerana masalah anemia ketika mengandung anak pertama. Oleh kerana, saya selalu ke klinik sedikit sebanyak menganggu pekerjaan saya .  Kami berhijrah ke Selangor dan menumpang di rumah mak mentua dengan harapan peluang pekerjaan banyak di sini. Namun, kebanyakan temuduga yang dijalankan tidak mendatangkan hasil. Kadangkala, terdapat juga jawatan yang mencurigakan tahu sahajalah di  Kuala Lumpur , kita perlu berhati-hati dengan sindikit pekerjaan palsu.

Tanpa diduga, saya hamil anak kedua dan ini menyukarkan saya mencari kerja. Bosan duduk di rumah saya mula melayari internet mencari tutorial menjahit sarung bantal bayi. Saya berjaya menyiapkan sarung bantal untuk anak kedua saya. Kemudian, saya mula berjinak dengan kraftangan felt dan sulam tangan. Disebabkan minat yang mendalam, saya dapat menyiapkan sepasang kasut untuk bayi kedua saya dengan bersulam tangan.  Oleh kerana anak masih kecil, risau jika mereka bermain jarum dan gunting, saya mula berminat dengan hobi mengait jarum 1. Saya berjaya menyiapkan topi dan kasut untuk anak-anak saya. Ada juga, saya hadiahkan pada kawan suami. Saya juga pernah menjualkan hasil kait sarung telur kepada rakan untuk hari perkahwinan beliau. Namun, saya tidak menjual sebarang hasil kraft selepas itu kerana sibuk mengait untuk menyambut kelahiran bayi yang ketiga. 

Namun, saya percaya hasil kraft saya mampu menjana pendapatan yang lumayan jika kena pada caranya. Saya mula berjinak dengan blogging kerana percaya ini adalah salahsatu cara pemasaran yang strategik. Oleh itu, saya mula membuka bolg ini untuk sama-sama berkongsi minat dengan para pembaca sekaligus memasarkan produk saya.

Oleh kerana,  letih mencari kerja  yang semakin banyak persaingan dengan anak  yang semakin bertambah saya mula terfikir untuk bekerja di rumah. Risau dengan kes dera yang semakin bertambah saya mula berbincang dengan suami untuk membuka perniagaan secara kecil-kecilan.  Mungkin cabarannya tidaklah semudah yang disangka insyaallah rezeki ada di mana-mana. Janji kita berusaha keras untuk membesarkan anak dengan rezeki yang halal. 

Mari berkongsi panduan seni kait  dengan saya dan mempelajari pelbagai teknik mengait .
Jangan lupa mengikuti blog saya untuk mendapatkan pelbagai tips mengait yang menarik dan berguna . 


Menulis bukan kerja

Teks: Dalila Binti Mohd Yusof Bismillahirahmanirahim... Setiap kali ibu tengah buat kerja menulis mesti anak tanya, " Ibu teng...