Myfreecopyrightv

ds

iklan lazada

Lazada Malaysia

Khamis, 18 Oktober 2018

Kain Sateen Batik




๐ŸŽ€Sateen - 4 meter Bidang 45๐ŸŽ€
 Sepasang RM 50 tak termasuk postage.

 Postage bergantung pada kuantiti. 
*Seragam add Rm2 bg setiap psg (6psg keatas)* 
_________________________________________ 
Berminat utk order,
 Sila klik ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡ 
http://www.wasap.my/60193229480 
http://www.wasap.my/60193229480 








































Ulasan filem Sanju 2018

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim dan assalamualaikum...



Filem ini diadaptasi daripada kisah hidup pelakon terkenal Sanjay Dutt. Betapa kuatnya kasih sayang seorang ayah tetap menerima anaknya walaupun Sanju seorang anak yang bermasalah dan teruk.   Perangai buruk Sanju bermula apabila dia terpengaruh dengan najis dadah alasannya dia tertekan dengan ketegasan bapanya. Dia malu apabila bapanya menengking dia dihadapan orang ramai kerana dia menipu tidak merokok semasa pengambaran filemnya. Ketegasan bapanya semata-mata mahu hasrat ibunya, Nargis sempat melihat Sanju menjadi pelakon popular tercapai. Namun ibunya meninggal dunia 3 hari sebelum pelancaran filem Sanju yang pertama, Rocky.

Terkesan dengan kematian  ibunya, Sanju meminta bapanya menghantarnya ke Pusat Permulihan di Amerika.  Dia berjaya bebas daripada dadah selama 18 bulan, pulang ke India dia nekad  dia memutuskan hubungan dengan kawan yang digelarnya 'God' si pengedar dadah. Sanju berjaya mematahkan percubaan 'God' yang ingin meraikan kepulangan Sanju dengan memberikan Sanju dadah sedangkan dia hanya mengambil serbuk glukosa. Sanju kini benar-benar tekad menjauhkan diri daripada dadah.

Sanju sangat bernasib baik apabila rakan baiknya, Kamli sentiasa memberi semangat kepadanya untuk  meninggalkannya  daripada dadah. Apabila dia memerlukan seorang sahabat. Kamli sanggup terbang dari New York ke India untuk menenangkan Sanju. Kamli sanggup menggunakan duit syiling yang pada mulanya digunakan untuk membeli kereta  tetapi digunakan untuk membeli tiket kapal terbang ke India. Kamli berusaha memujuk Ruby mengahwini Sanju, apabila berjaya memujuk Ruby tetapi digagalkan sendiri oleh Sanju. Sanju berkhayal didalam bilik airnya, sedangkan Ruby menunggu di pejabat pendaftaran perkahwinan. Malahan, Sanju menjual rantai perkahwinan mereka kepada 'God' untuk membeli dadah.

Namun masalah kedua pula muncul apabila dia dituduh pengganas kerana menyimpan dan memiliki senjata api ketika itu  Mumbai diserang pengganas. Walaupun dia telah musnahkan senjata tersebut namun namanya terpalit sekali apabila rakan yang memberikannya senjata api tersebut ditangkap polis. Selama dia di penjara, ayahnya tidur dilantai dan rela kepanasan tanpa kipas kerana mahu merasai apa yang dirasakan oleh Sanju. Paling tragis, apabila penjara yang dihuni oleh Sanju dilimpahi air kumbahan najis yang keluar dari lubang tandas.

Keluar dari penjara, apabila namanya meningkat naik dalam industri lakonan dia dituduh pengganas lagi apabila terdapat trak berisi bom berhampiran rumahnya. Suratkhabar menggelarnya pengganas tanpa polis atau mahkahamah membuktikannya. Paling sedih, apabila Kamli meninggalkan Sanju bertahun lamanya tanpa khabar kerana terpengaruh dengan tajuk akhbar yang mengatakan Sanju seorang pengganas. 

Ayahnya sentiasa berjuang demi dia dan tidak pernah putus asa, dan sentiasa bersabar dengan karenah Sanjay. Sunil Dutt sanggup berlakon bersama dengan Sanjay memegang watak ayah dalam filem Munabhai M.B.S semata-mata mahu mendisplinkan dia. Malahan, ayahnya juga bertemu dengan editor suratkhabar yang menulis cerita palsu tentang Sanju. Berita suratkhabar banyak mengelirukan pembaca dengan meletakkan tanda soal bukan noktah. Sunil Dutt memberi amaran kepada editor supaya jangan menulis tentang kematian anaknya kerana yakin Sanju akan menjadi bintang popular semula. Dan kata-kata ini menjadi kenyataan apabila filem Munabhai M.B.S berjaya melonjakkan kembali nama Sanju hingga Sunil Dutt menitis air mata kegembiraan. Sunil Dutt juga mengajar  Sanjay erti  etika kerja melalui muzik yang dipasang dalam kereta. Muzik ini dipanggil Master 2 yang dipasang sebulan dalam kereta dan memaksa Sanja membuat 'lip sync' mengikut rentak lagu  untuk menjiwai lagu tersebut.

Namun, bapanya tidak sempat memberikan Sanju lagu Master ke  3 yang mengajar dia untuk mengendahkan  kritikan orang padanya. Bapanya meninggal dunia dalam tidur dan Sunil tidak sempat mendengar ucapan penghargaan Sanju terhadapnya. Sanju meyelitkan kertas ucapan tersebut di kocek bapanya sebelum upacara pengebumian bapanya.

Filem ini banyak memberikan pelajaran hidup kepada penonton filem. Walaupun bapa dan ibu  merupakan orang yang hebat, Kita tak boleh mewarisi kehebatan itu tanpa usaha keras. Tiada jalan pintas untuk berjaya. Semua orang perlu berusaha keras untuk mencapai kejayaan sendiri. Walaupun ramai yang menolong kita, kita tak mampu mencapai kejayaan jika kita sendiri yang tidak mahu berusaha.

Filem ini juga  banyak mengambarkan sisi jahat penulis berita yang banyak menambah rempah untuk menyedapkan berita supaya surat khabar mereka laku terjual. Kebanyakan suratkhabar ketika itu, terlalu  ekstrim dan meletakkan tanda soal setiap tajuk berita mereka yang mereka juga tidak tahu kesahihannya. Penulisan seperti 'James Bond' mempunyai lesen membunuh. Menerusi penulisan yang cukup menyakinkan mampu menjadi alat pembunuhan yang tak mampu dibuktikan di mana-mana mahkamah. Jadi penulis perlu bertanggungjawab setiap isi penulisan kerana penulisan mampu membunuh kehidupan seseorang. Kesannya si penulis tak merasainya tetapi kehidupan orang yang ditulis itu merana. Jangan menyara hidup hasil kesengsaraan orang lain. Jadilah seperti Winnie, penulis biografi yang sanggup terbang ke New York bertemu Kamli untuk mengesahkan cerita buruk tentang Sanju. Jaga-jaga dengan penulisan anda dan selamat menonton.

Ahad, 14 Oktober 2018

Tips pemula jahit

Teks: dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..


Assalamualaikum...pagi ni...saya berangan buat seluar. Potong banyak-banyak harap jadi seluar jangan jadi kain buruk pula. Sedikit tips disini, awal mula menjahit macam saya ni perlu banyakkan latihan. Jahit, jahit dan jahit sampai nampak kemas.
Biasanya saya akan dapatkan bekalan kain perca daripada mak sedara. Kain perca jangan dipandang rendah, kreatif mencantum jadilah sehelai baju atau seluar yang cantik tanpa perlu beli kain mahal-mahal.
Biasanya kain perca yang diperoleh bukannya tak cantik. Semuanya cantik belaka. Selalu juga terselit kain yang mahal belaka. Kalau tak jadi kita boleh buat kain buruk. Tidaklah ralat sangat jika tersalah potong.
Tips ini saya kongsikan dalam buku Rezeki Luar Surirumah. Tips dapatkan kain murah atau percuma untuk pemula jahit.
1. Cari kain perca melalui butik, kedai atau tukang jahit berdekatan. Biasanya mereka akan beri harga yang murah untuk seplastik besar kain perca. Yang tukang jahit kumpulkan kain perca boleh beri atau jual pada si pemula.
2. Cari kain "remnant" di kedai kain. Biasanya mereka akan jual kain dengan harga paling murah bagi kain yang bersisa 1m ke bawah.
3. Cari kain atau baju lama atau baju yang makin mengecil he2, tetas jahitan dan boleh bereksperimentasi menjahit baju anak.
Ada yang nak dapatkan buku ini boleh dapatkan dari saya. Ada banyak lagi cerita motivasi buat surirumah dan separuh masa buat penguat semangat waktu kemurungan.
#jualkainpasang
#rezekiluarbiasasurirumah
Berminat utk order, Sila klik ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Selasa, 9 Oktober 2018

Peminta sedekah dan bukunya


Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim dan assalamualaikum..

Peminta sedekah dan bukunya
"Assalammulaikum, saya datang nak kutip derma." tangannya memegang pen dan buku. Ada beberapa not biru dan hijau ditengah bukunya. Hebatnya dia sangat bersistematik menulis setiap duit sedekah yang diperolehi.
"Maaf saya tiada duit ditangan." duit ditangan memang cukup untuk bagi anak belanja sekolah petang nanti. Alasanku membuatkan dia pantas berlalu pergi. Sebenarnya malas nak bagi, lelaki ni memang selalu minta sedekah dengan alasan anak sakit. Kalau dah beri risau dia datang lagi dan lagi.
Pagi-pagi, pintu akan ditutup rapat, tingkap tak dibuka. Dahulu ada seorang lelaki datang mahu meminjam duit alasannya tiada duit nak makan dan motor rosak. Alasanku tiada duit ditangan cepat-cepat dia pergi. Pakainannya terlalu kemas, rabut tersisir rapi, sempat pula mengemaskan diri sebelum meminta duit pada orang. Yang datang kebanyakkan lelaki, waktu pagi dan tengahari, waktu orang lelaki pergi bekerja.

Rezeki ikut ibu

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..dan assalamualaikum

Rezeki ikut ibu.
Pagi isnin, aku membawa bersama 2 orang anakku membeli ayam di kedai ayam. Si Aina sentiasa menarik perhatian pelanggan dan pekerja di situ untuk mengagahnya dan mengusiknya. Si kecil ni, bukan mesra alam, cepat-cepat berselindung di dibalik kaki ibunya sambil membuat muka toya, langsung tiada perasaan.
Si lelaki Pakistan, yang duduk di meja berhadapan tempat kami menunggu giliran suka benar mengusik si Aina. Sesekali dia akan berbual dengan pekerja kedai di situ. Usai membayar ayam yang siap dipotong, si lelaki tadi mengeluarkan not biru 2 keping daripada dompetnya. Dia menghulurkan pada Kina dan Aisyah seorang sekeping not biru. Mata Aina terkebil-kebil, tapi tangan dihulur dan mengambil duit tersebut. "Nanti beli aiskrim tau." pesan lelaki tersebut sambil berlalu pergi.
"Terima kasih ya." cepat-cepat aku mengucapkan terima kasih. Budak kecil dua orang ni masih terkebil-kebil, agaknya terkejut dapat duit di kedai ayam. Dan Si Aina menuntut aiskrim di kedai, selagi tak dapat dia akan memanjat peti aiskrim dan mlalak disitu.
Sudah dua kali, jumpa orang begini, bagi duit pada si kecil secara tiba-tiba. Semoga murah rezeki mereka. Sedekah ini, dimana-mana pun kita boleh beri

Sabtu, 29 September 2018

Sakit perut

Teks: dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

"Hai Abu." Setiap kali Si Aina lalu tepi, dia akan ucap hai begitu. Susah betul nak sebut ibu. Semalam hingga hari ni, dia diam je, sesekali dia buat nakal. Tapi selebihnya termenung dan tergolek atas toto. Risau pula kalau anak tak nakal, lebih risau kalau dia tak nakal berbanding dia aktif menyepahkan rumah. Badan terasa dedar sahaja, makan pun kurang.
Si kakak Aisyah pula ada je auta dia, "Aisyah sakit perut, tak nak makan." Kaki dia ligat melompat, ke sana kemari. "Aisyah sakit perut je tapi kaki Aisyah tak sakit. Otak Aisyah sihat je." Ada sahaja idea nak membalas semua bebelan ibu dia.

Jumaat, 21 September 2018

Perangai buruk dan baik

Teks: dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Perangai buruk ibarat rumput dan lalang yang tak ditebas. Tumbuh subur tanpa baja dan penjagaan. Dah semak ni, mula sakit mata memandang. Lagi malas nak jaga, lagi banyak semak samun. Macam-macam binatang berbisa datang menghuni.

Jom pilih telekung cantik di sini.
Perangai baik pula, ibarat menanam sayur dan pokok bunga. Hari-hari perlu disiram, tak cukup air mati la pula. Sesekali perlu dibaja, perlu pastikan cukup nutrien. Perlu juga jaga daripada haiwan perosak. Penat lelah menjaga, barulah tumbuh cantik dan subur. Baru terasa manisnya apabila dituai, kerana kita belai dengan perhatian.

Jom pilih telekung lagi

Kain Sateen Batik

๐ŸŽ€Sateen - 4 meter Bidang 45๐ŸŽ€  Sepasang RM 50 tak termasuk postage.  Postage bergantung pada kuantiti.  *Seragam add Rm2 bg setiap ...